Saturday 5 March 2016

NIHONGO PROGRAM

SMK Tengku Afzan sangat bertuah kerana diberi peluang menyertai Nihongo Program, dimana seorang sukarelawan dari Negara Jepun dihantar untuk membantu pembelajaran bahasa Jepun. Sukarelawan yang dimaksudkan tersebut ialah Cik Mika Kurita, atau nama manjanya Mika San. Semua warga Afzan teruja dengan kehadiran beliau dan setiap hari akan ada perkataan baru yang diajar kepada guru-guru Afzan. Guru bahasa Jepun Afzan, Cik Nurul Ainain membantu Mika san mempelajari budaya dan bahasa Melayu di sini. Semoga bahasa Jepun SMK Tengku Afzan semakin hebat dan mantap. Dan semoga Mika san selesa dan seronok berada di Afzan.

No comments: