Monday 21 January 2013

PENGUMUMAN : MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS RM 100

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM 100

Majlis ini akan dilaksanakan pada butiran yang berikut:
Tarikh: 25 Januari 2013
Masa : 11 pagi
Tempat : Dewan Tengku Afzan
Akan disempurnakan oleh tetamu jemputan khas, YB Dato' Chang Hong Seong untuk menyampaikan bantuan RM 100 kepada semua murid SMK Tengku Afzan. Diharap agar semua ibu bapa murid akan hadir untuk menerima sumbangan tersebut.

Tuesday 15 January 2013

PENGUMUMAN BUAT PELAJAR LEPASAN SPM 2012

Permohonan Kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier Program Pengajian Lepasan SPM / setaraf peringkat Diploma dan Program Asasi Sesi Akademik 2013 / 2014

Pelajar yang ingin mengemukakan permohonan di atas boleh membeli nombor unik ID melalui:

i) mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) - mulai 7 Jan - 15 April 2013

ii) tempahan secara pukal melalui sekolah
   Tempahan melalui sekolah adalah seperti berikut:
   Tarikh : 21 - 23 Januari 2013
   Masa : waktu persekolahan
   Tempat : Bilik kaunseling SMK Tengku Afzan
   Bayaran : RM 10.60 beserta satu salinan kad pengenalan


Monday 7 January 2013

ORIENTASI TINGKATAN 1 2013

Selamat datang kepada semua murid-murid baru tingkatan 1 sesi 2013. Semoga kedatangan pelapis-pelapis muda ini akan terus menyemarakkan semangat guru untuk terus mencurahkan ilmu buat semua anak-anak murid yang dikasihi. Harapan admin agar pelapis-pelapis muda ini dapat mengikut peraturan sekolah, dapat mewangikan nama sekolah, dapat menaikkan gred sekolah, dan dapat menjadi insan yang seimbang dan berguna kepada rakan, guru, sekolah, agama, masyarakat dan negara.

Orientasi yang bermula dengan pendaftaran murid pada 1 januari dilangsungkan selama 3 hari, iaitu sehingga 4 januari 2013. dan diikuti dengan gotong-royong perdana pada 5 januari, hari sabtu. Pelbagai aktiviti dijalankan buat murid-murid tingkatan 1 ini. Antaranya ialah:

  • Nyanyian lagu patriotik dan lagu Sekolah
  • Ice breaking
  • UBK
  • Taklimat HEM dan Ko-k
  • Inilah Sekolahku dan Orientasi Pusat Sumber
  • Taklimat Kerjaya: Pengenalan dan Matlamat
  • Taklimat dan Bengkel PBS Kaunseling
  • Agihan Kelas (berdasar keputusan UPSR)
  • Peperiksaan saringan BI
  • Daftar kehadiran murid di luar dewan

    Barisan pengawas penyambut tam
Barisan pentadbir dan YDP PIBG

Taklimat Ko-k

Taklimat HEM
Pendaftaran murid mengikut abjad



Orientasi Pusat Sumber

SELAMAT TAHUN BARU 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Tahun baru sepatutnya dijadikan sebagai kayu pengukur kepada apa yang sudah dilalui sepanjang setahun. Berdasarkan apa yang berlaku sepanjang tahun, mudahlah untuk merancang sesuatu lebih baik untuk tahun seterusnya. Setiap masa kita dituntut untuk melakukan sesuatu yang lebih baik berbanding sebelumnya. Tidak dinafikan manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, tapi perlulah bersegera memperbaikinya.


Semoga dengan kedatangan tahun baru 2013 ini, kita dapat membina kekuatan ilmu, jiwa dan iman, seterusnya berjaya melahirkan amal dan tindakan.yang menjadi pemangkin kepada perubahan ke arah suatu yang lebih baik terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara umat Islam. Insyaallah…