Wednesday 26 September 2012

MAJLIS PENGIKTIRAFAN KOKURIKULUM

Tarikh : 26 September 2012
Hari : Rabu
Masa : 7.30 - 8.45 pagi
Tempat : Dewan Tengku Afzan

Ucapan perasmian dari Pengetua, Puan Hajah Nor Naseha Rosni bt Mohd. Arshad
Murid-murid SMK Tengku Afzan


Murid dan guru fokus menyaksikan acara penyampaian hadiah dan sijil
Para pentadbir bergambar bersama penerima anugerah lencana penuh dan lencana biru
Para pentadbir bersama semua penerima anugerah pada majlis tersebut


PELAJAR TERBAIK PERCUBAAN PMR 2012

4 orang murid tingkatan 3 yang menduduki percubaan PMR 2012 telah dinobatkan sebagai murid terbaik kerana telah memperolehi keputusan 5A dan keatas. (maaf, admin lupa nama) Tahniah admin ucapkan dan semoga anda semua dapat mengekalkan kecemerlangan tersebut. Kepada semua murid tingkatan 3 yang merupakan calon PMR 2012 yang bakal bermula pada 9 Oktober 2012 (ada lagi 12 hari), admin doakan anda semua berjaya menduduki peperiksaan tersebut dengan tenang dan berjaya. Selamat maju jaya...
Puan Pengetua bersama 4 murid terbaik percubaan PMR

Friday 14 September 2012

SAMBUTAN PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

Tarikh : 14 September 2012
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Sri Afzan (dewan Tengku Afzan guna untuk percubaan SPM)
Masa : 7.30 - 8.20 pagi

Bulan kemerdekaan yang disambut selama dua bulan oleh warga Afzan telah mencapai kemuncaknya pada 14 September 2012 dan majlis penutupan bulan kemerdekaan tersebut telah dirasmikan oleh puan pengetua SMKTA, Puan Hajah Nr Naseha Rosni bt Mohd. Arshad. Antara acara yang dipersembahkan ialah deklamasi sajak leh pelajar tingkatan 3, nyanyian lagu Warisan oleh pelajar tingkatan 4 dan persembahan nyanyian oleh pelajar-pelajar Persatuan bahasa Cina. Penyampaian hadiah aktiviti-aktiviti bulan kemerdekaan juga telah disempurnakan pada hari tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan tersebut ialah:

  1. Dekorasi Elpok Vehicle Bertemakan Merdeka
  2. Graffiti Board
  3. Pertandingan Kreativiti Pemasangan Jalur Gemilang dan bendera Pahang antara kelas
  4. Mewarna logo 1Malaysia & Jalur Gemilang
  5. Power Point Penubuhan Malaysia
  6. Mewarna Poster & Menulis slogan
  7. Menulis Karangan bertemakan hari kemerdekaan dalam bahasa arab
  8. Nyanyian Lagu Patriotik
Kelas yang memenangi pemasangan jalur gemilang dan bendera Pahang dimenangi oleh kelas 2 dinamik dan 5 arif. tahniah kepada kelas yang berkenaan dan juga kepada semua pemenang aktiviti-aktiviti tersebut.

Berikut merupakan gambar2 sambutan penutupan bulan kemerdekaan...
Pengerusi Majlis, Puan Wan Rozita dan Puan Najjah
Persembahan murid ; deklamasi sajak dari murid tingkatan 3
Persembahan murid ; nyanyian dari ahli persatuan Bahasa Cina
Barisan pentadbir dan guru kanan
Penyampaian hadiah kepada pemenang aktiviti bulan kemerdekaan
Persembahan murid ; nyanyian lagu Warisan dari murid tingkatan 4
Nyanyian lagu patriotik beramai-ramai sambil mengibar jalur Gemilang

Tuesday 11 September 2012

SAMBUTAN AIDILFITRI DAN AMBANG MERDEKA PERINGKAT ASRAMA

Tarikh: 30 Ogos 2012
Masa: 10.30 - 12.30 malam
Tempat: Asrama SMKTA

Semua pelajar mengambil peluang melaram dengan baju raya masing-masing.

Puan pengetua memberikan ucapan sempena dua sambutan iaitu Hari Raya dan Ambang Merdeka. 

Pelajar asrama menjamu selera dengan pelbagai juadah hari raya yang disajikan.

YDP PIBG turut memeriahkan majlis bersama barisan pentadbir sekolah.

Guru-guru SMKTA turut meluangkan masa menghadiri majlis bersama anak masing-masing

Selepas 'contdown' detik 12 malam, nyanyian lagu patriotik yang bersemangat oleh  hadirin sambil mengibarkan jalur gemilang.

Semangat patriotik hendaklah dipupuk sejak kecil lagi, anak Puan Nurizan bersama pelajar asrama.

HARI PELAPORAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2012

Tarikh : 8 September 2012
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Sri Afzan

Antara guru dan ibu bapa yang hadir

Puan Norbaizura sedang melayan ibubapa yang hadir

Puan Sazila melayan ibubapa yang hadir

Semua guru subjek PMR bersedia - guru subjek BM, Puan Nurizan dan Puan Nor Aidah

Puan Khadijah sedang melayan ibubapa yang hadir

Taklimat dan ucapan dari Puan Pengetua SMKTA

Tuesday 4 September 2012

WAJAH BARU PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah yang dikendalikan oleh Puan Zunita Yusof kini telah berwajah baru. Selepas mendapat khidmat bantu dari PKG Pantai dan guru-guru Pusat Sumber beberapa buah sekolah di daerah Kuantan pada bulan Jun 2012, Pusat Sumber Sekolah kini telah mempunyai sudut-sudut baru yang memaparkan pelbagai tema dan peristiwa. Dengan keadaan yang lebih kondusif dan mesra pengguna, pusat sumber sekolah kini boleh ditempah untuk pelbagai aktiviti yang boleh memberi manfaat yang sangat besar kepada murid-murid SMK tengku afzan. Dengan pengurusan dan kendalian yang cekap, diharap agar Pusat Sumber Sekolah ini dapat digunakan secara efektif oleh guru dan murid-murid demi mewujudkan bangsa membaca yang lebih berjaya.
Berikut merupakan gambar PSS yang telah dinaiktaraf....