Thursday 25 July 2013

PERASMIAN SURAU BARU SMK TENGKU AFZAN

Tarikh : 10 Julai 2013
hari : Rabu
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Kuarters Pengetua SMK Tengku Afzan

Perasmian surau baru SMK Tengku Afzan yang diberi nama "SURAU AL-KAUTSAR' telah berlangsung selepas perasmian Ihya' Ramadan di Dewan Tengku Afzan pada hari yang sama. Proses membaiki dan mengecat surau tersebut telah bermula sejak Jun lagi dan melibatkan semua staf dan guru.
Puan Norhashimah dan Puan Maria mengikis kulapuk di dinding
Staf dan guru bergotong royong mengecat dinding

proses baikpulih sedang dijalankan



















Semasa perasmian surau tersebut, semua guru dijemput masuk dan mengisi buku pelawat yang disediakan sebagai tanda perasmian surau tersebut. Dan kini surau tersebut mempunyai kemudahan lengkap dengan kain sembahyang, al Quran, kitab serta rehal dan lain-lain hasil daripada sumbangan guru, staf dan orang luar.








Thursday 18 July 2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-38 2013

Tarikh : 6 julai 2013
Masa : 7.30 - 12.00 tengah hari
Tempat : Kompleks Sukan UIA Kuantan
Aturcara Majlis:
  • Ketibaan tetamu kehormat
  • Perbarisan lintas kehormat kontinjen kontinjen
  • lagu Negaraku
  • Ucapan alu aluan perasmi
  • Upacara menaikkan bendera kejohanan
  • Lafaz ikrar atlet
  • Persembahan
  • Pertandingan senamrobik
  • Acara balapan dan padang
  • Acara guru
  • Majlis penyampaian hadiah
KEPUTUSAN 2013:
JOHAN : MAHSURI
NAIB JOHAN : TUN FATIMAH
TEMPAT KE 3 : DANG ANUM
TEMPAT KE 4 : TUN TEJA











Thursday 11 July 2013

SEMINAR HARI GURU PERINGKAT DAERAH KUANTAN

Tarikh : 18 Jun 2013
Tempat : Dewan Tengku Afzan
Penyertaan : 2 orang wakil guru dari setiap sekolah Daerah Kuantan
Penceramah : Pegawai JPN

Pendaftaran guru

Guru-guru dari seluruh daerah kuantan

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN HARI PELAPORAN

Tarikh : 23 Jun 2013
Tempat : Dewan Tengku Afzan dan Dataran Ilmu
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Tetamu VIP: Puan Fauziah bt Abdul Rahman (Timbalan Pengarah PPD Kuantan)
Tetamu VIP: YDP PIBG, Tuan Haji Mohd Noor b. Md Tahir

Ucapan dari Pengetua
Ucapan perasmian dari wakil PPD


Perbarisan kehormat menyambut ketibaan VIP


Murid cemerlang SPM 201



Wednesday 10 July 2013

PUSAT AKSES SEKLAH BERWAJAH BARU

Pusat Akses Sekolah yang sebelum ini bertempat di tingkat tiga blok Kemboja telah mula berpindah ke tingkat satu blok Melur sejak akhir bulan Mei. Segala proses baikpulih bilik pusat akses tersebut telah selesai pada pertengahan bulan Jun. Pusat Akses juga telah mula beroperasi pada pertengahan bulan Jun 2013 yang lalu. Kemudahan yang terdapat di Pusat Akses ialah 10 buah komputer dengan akses internet beserta dengan pencetak (pencetak dalam proses pembelian toner). Pusat akses ini dibuka kepada semua warga SMK Tengku Afzan pada setiap hari persekolahan, iaitu pada waktu rehat dan selepas jam 2.40 sehingga jam 4.00 petang (atau sehingga pengawas pusat akses pulang).





LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) GURU - PEMBANGUNAN KAPASITI GURU

Tarikh : 18 Mei 2013
Tempat : Dewan Tengku Afzan
Peserta : Semua guru dan pentadbir SMK Tengku Afzan
Penceramah : Pengetua (Puan Hajah Nor Naseha Rosni bt Mohd Arshad), Penolong Kanan Pentadbiran (En Mohd Najib b Mahmud), KB Kemanusiaan (Ustaz Che Wan Rosli Che Wan Khalid)
LADAP guru kali ini bertujuan untuk meningkatkan usaha membangunkan profesionalisme guru berasaskan sekolah dan objektif utamanya ialah meningkatkan pembelajaran murid melalui pengajaran guru berkualiti.













Monday 8 July 2013

HARI BUMI HIJAU, HARI BUKU SEDUNIA, KITAR SEMULA, HARI TANDAS SEDUNIA DAN MUTIARA KATA

Tarikh : 22 April 2013
Tempat : Dewan Tengku Afzan
Perasmi : Encik Mohd Najib b Mahmud

Semua program ini merupakan program di bawah unit HEM di mana 5 program dilancarkan secara serentak. Banyak aktiviti dijalankan pada hari tersebut, antaranya sesi baca buku 10 minit, pengumpulan barang kitar semula, aktiviti penanaman pokok dan pengedaran mutiara kata kepada kelas.