Wednesday 2 March 2016

2016- SALAM UKHUWAH

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Setelah sekian lama menyepi dek kerana kesibukan ber Frog VLE, maka akhirnya hari ini admin gagahkan diri juga untuk mencoret sepatah dua kata...Dek kerana kerinduan yang terpendam, dan terlalu banyak cerita dan berita untuk dikongsi sehingga admin tidak tahu untuk mulakan dengan apa. Mohon maaf dulu andai bicara kali ini tidak tersusun dan celoteh tidak tersentuh ke hati anda semua....
Tahun 2016 telah sampai ke bulan yang ke,3....dan esok lusa pula fenomena gerhana matahari separuh akan berlaku. Semoga warga Afzanian tidak terlepas untuk menikmati fenomena ini. Hari ini, waktu ini dan detik ini warga murid afzanian sedang menduduki ujian pernilaian pertama. Dan admin doakan semoga anak-anak ini akan berjaya dunia akhirat. Sesungguhnya tiada lain yang guru-guru harapkan selain kejayaan anak-anak didik semua. Kejayaan anda, anda yang bahagia. Guru hanya menumpang dari tepi, mengintai dari tirai kamar.
Esok, 3 Mac 2016, akan terlakar sejarah buat pelajar-pelajar SPM 2015 kerana keputusan Sijil Pelajaran Malaysia akan dikeluarkan. Keputusan ini bakal menentukan dan mencorakkan masa depan anda, Walau bagaimanapun, sekeping kertas keputusan itu juga bukanlah penamat kepada masa depan anda bagi pelajar yang keputusannya kurang memuaskan. Untuk pengetahuan anda semua wahai anak-anak didikku, terlalu banya peluang yang menanti anda semua di masa hadapan. Bukan universiti dan kolej sahaja yang mampu memberi anda peluang belajar. Terlalu banyak pusat pengajian yang ditawarkan oleh kerajaan dan swasta pada masa sekarang yang mampu anda masuki. Belajarlah...belajarlah sehingga ke liang lahad. belajarlah sehingga ke negeri China. Pepatah pun banyak menyebut tentang kepentingan belajar. dan tolong...jangan putus asa...
Maaf andai admin dan melalut. Dan kerana kesuntukan masa, mohon untuk mengundur diri dulu. Admin doakan semua pembaca blog ini akan berjaya di dunia dan akhirat. Teruskan usaha anda untuk kaya dan berjaya.... Semoga hidup anda lebih unggul, gembira, bahagia, sihat dan paling penting cukupkan ibadat anda.
Salam sayang dari admin...

No comments: