Tuesday 4 September 2012

WAJAH BARU PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah yang dikendalikan oleh Puan Zunita Yusof kini telah berwajah baru. Selepas mendapat khidmat bantu dari PKG Pantai dan guru-guru Pusat Sumber beberapa buah sekolah di daerah Kuantan pada bulan Jun 2012, Pusat Sumber Sekolah kini telah mempunyai sudut-sudut baru yang memaparkan pelbagai tema dan peristiwa. Dengan keadaan yang lebih kondusif dan mesra pengguna, pusat sumber sekolah kini boleh ditempah untuk pelbagai aktiviti yang boleh memberi manfaat yang sangat besar kepada murid-murid SMK tengku afzan. Dengan pengurusan dan kendalian yang cekap, diharap agar Pusat Sumber Sekolah ini dapat digunakan secara efektif oleh guru dan murid-murid demi mewujudkan bangsa membaca yang lebih berjaya.
Berikut merupakan gambar PSS yang telah dinaiktaraf....









No comments: