Friday 14 September 2012

SAMBUTAN PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

Tarikh : 14 September 2012
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Sri Afzan (dewan Tengku Afzan guna untuk percubaan SPM)
Masa : 7.30 - 8.20 pagi

Bulan kemerdekaan yang disambut selama dua bulan oleh warga Afzan telah mencapai kemuncaknya pada 14 September 2012 dan majlis penutupan bulan kemerdekaan tersebut telah dirasmikan oleh puan pengetua SMKTA, Puan Hajah Nr Naseha Rosni bt Mohd. Arshad. Antara acara yang dipersembahkan ialah deklamasi sajak leh pelajar tingkatan 3, nyanyian lagu Warisan oleh pelajar tingkatan 4 dan persembahan nyanyian oleh pelajar-pelajar Persatuan bahasa Cina. Penyampaian hadiah aktiviti-aktiviti bulan kemerdekaan juga telah disempurnakan pada hari tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan tersebut ialah:

  1. Dekorasi Elpok Vehicle Bertemakan Merdeka
  2. Graffiti Board
  3. Pertandingan Kreativiti Pemasangan Jalur Gemilang dan bendera Pahang antara kelas
  4. Mewarna logo 1Malaysia & Jalur Gemilang
  5. Power Point Penubuhan Malaysia
  6. Mewarna Poster & Menulis slogan
  7. Menulis Karangan bertemakan hari kemerdekaan dalam bahasa arab
  8. Nyanyian Lagu Patriotik
Kelas yang memenangi pemasangan jalur gemilang dan bendera Pahang dimenangi oleh kelas 2 dinamik dan 5 arif. tahniah kepada kelas yang berkenaan dan juga kepada semua pemenang aktiviti-aktiviti tersebut.

Berikut merupakan gambar2 sambutan penutupan bulan kemerdekaan...
Pengerusi Majlis, Puan Wan Rozita dan Puan Najjah
Persembahan murid ; deklamasi sajak dari murid tingkatan 3
Persembahan murid ; nyanyian dari ahli persatuan Bahasa Cina
Barisan pentadbir dan guru kanan
Penyampaian hadiah kepada pemenang aktiviti bulan kemerdekaan
Persembahan murid ; nyanyian lagu Warisan dari murid tingkatan 4
Nyanyian lagu patriotik beramai-ramai sambil mengibar jalur Gemilang

No comments: