Monday 7 January 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Tahun baru sepatutnya dijadikan sebagai kayu pengukur kepada apa yang sudah dilalui sepanjang setahun. Berdasarkan apa yang berlaku sepanjang tahun, mudahlah untuk merancang sesuatu lebih baik untuk tahun seterusnya. Setiap masa kita dituntut untuk melakukan sesuatu yang lebih baik berbanding sebelumnya. Tidak dinafikan manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, tapi perlulah bersegera memperbaikinya.


Semoga dengan kedatangan tahun baru 2013 ini, kita dapat membina kekuatan ilmu, jiwa dan iman, seterusnya berjaya melahirkan amal dan tindakan.yang menjadi pemangkin kepada perubahan ke arah suatu yang lebih baik terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara umat Islam. Insyaallah…

No comments: