Tuesday 25 June 2013

KEM KEPIMPINAN KOKURIKULUM

Tarikh : 2 Mac 2013
Tempat : Dewan tengku Afzan
Peserta : Semua Jawatankuasa tertinggi kelab/persatuan, sukan/permainan dan unit beruniform





KEMPEN ANTI DADAH

Kempen ini telah dirasmikan pada 27 Februari 2013 di Dataran Ilmu SMK Tengku Afzan. Satu kain rentang telah di letakkan di pavilion untuk ditandatangani oleh semua warga sekolah sebagai sokongan kepada kempen ini.. Semua murid telah dibekalkan dengan riben merah untuk dipakai sepanjang hari sebagai simbol kepada anti dadah.





MERENTAS DESA

Aktiviti kokurikulum merentas desa telah dijalankan pada 27 Februari 2013. Trek laluan adalah melalui jalan alor akar sejauh lebih kurang 5 kilometer.





PROGRAM MENTOR MENTEE & LANTIKAN PENGAWAS 2013

Majlis penyerahan mentee kepada mentor guru telah berlangsung pada 25 Februari 2013 di dalam majlis perhimpunan pagi. Kesemua murid SMK Tengku Afzan akan mempunyai seorang mentor guru yang akan menjaga segala kebajikan mentee tersebut. Di majlis itu juga berlangsung sesi lantikan pengawas, dimana semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Koperasi dan Pengawas asrama mengangkat ikrar dan akujanji untuk melaksanakan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab.

Mentor menerima fail daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Mohd Najib Mahmud dan menyerahkan kepada ketua mentee masing-masing.











Pengawasa-pengawas sedang membaca ikrar penerimaan tugas




MESYUARAT AGUNG PIBG - 3 FEBRUARI 2013

Mesyuarat Agung PIBG yang berlangsung pada 3 Februari 2013 bertempat di Dewan tengku Afzan telah berjalan dengan sempurna. Yang Dipertua PIBG masih dikekalkan pada penggal ini iaitu Tuan haji Mohd Nor bin Md Tahir.




MAULIDUR RASUL-30 JANUARI 2013


Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah SMK Tengku Afzan diadakan pada 30 Januri 2013. Perarakan adalah mengikut pasukan unit beruniform sekolah. Sepanduk terbaik dimenangi oleh pasukan PKBM(L).