Friday 27 July 2012

YASIN...

Alhamdulillah, aktiviti bacaan yasin yang pertama di bulan Ramadan telah berjaya dengan sempurna. Bacaan Yasin yang diketuai oleh Ustaz Che Wan Rosli telah mengambil masa selama 15 minit. Semua murid muslim mengambil bahagian di dalam aktiviti tersebut. Semoga aktiviti ini dijalankan secara istiqamah sepanjang bulan Ramadan dan secara istiqamah juga sepanjang hidup kepada setiap murid dan guru..... insya Allah...
Sebahagian murid yang sedang membaca yasin

Barisan pentadbir turut menyertai aktiviti ini

Antara guru-guru yang terlibat dengan aktiviti ini

Pengerusi majlis bagi aktiviti bacaan Yasin,Pn Hjh Norhasyimah

Thursday 26 July 2012

TAZKIRAH RAMADAN

Seorang Mufti terkemuka di Arab Saudi telah mengalirkan air mata ketika siaran langsung di TV apabila beliau menerima soalan dari Somalia:

"Apakah puasa saya diterima jika saya tidak mempunyai sahur dan Iftaar?"

Sedihkan..rakyat Somalia tidak punyai apa-apa untuk sahur dan berbuka puasa..tapi kita?

Sama-samalah kita ingat ada lagi susah daripada kita sangka..amalkan hemah berbelanja bila ke Bazar Ramadhan...

OPS KASUT

 Kasihan si rak kasut....... Jadi tayangan semata-mata....... Pelajar 2d & 3abcdj, hari khamis selepas rehat.....
p/s-guru yang berkenaan, sila ambil perhatian ye, terima kasih.........


Wednesday 25 July 2012

JENAKA RAMADAN 1


Moral of the story: marilah kita bersama-sama menjaga puasa kita. 
Jaga aurat(x mau pakai seksi ya girls...)
jaga mata(jangan tengok perkara-perkara yang tidak sepatutnya, mcm si kucing jantan tu..)
jaga mulut(jangan fitnah, BERGOSIP, hina n cerca orang lain)
jaga tangan kaki(jangan tampar, sepak, n merosakkan harta benda)
jaga pemikiran(jangan berfikir yang bukan-bukan ; think positive)

Monday 23 July 2012

TULANG BELAKANG SMKTA

Tahniah kepada pengawas-pengawas yang merupakan tulang belakang pada setiap acara sekolah, acara dewan, perhimpunan, acara padang, mahupun acara kecil-kecilan di sekolah.  Keep it up girls......

IHYA' RAMADHAN

Perhimpunan pagi ini, 23 Julai 2012 merupakan perasmian Ihya' Ramadhan sempena kedatangan bulan Ramadhan yang kita sayangi. Pengetua SMKTA, Puan Hajah Nor Naseha Rosni telah merasmikan program tersebut semasa perhimpunan mingguan pagi tadi. Guru bertugas, Puan Khadijah Salleh telah memberi tazkiran berkaitan kelebihan bulan Ramadhan dan program2 yang dianjurkan leh Panitia Pendidikan Islam sepanjang bulan ramadhan ini.
 Diharap agar semua murid-murid dan guru-guru memberi kerjasama sepenuhnya untuk program Ihya' Ramadhan ini disamping menambah pahala berlipat kali ganda. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah:

  1. Tadarus al-Quran (waktu rehat sepanjang bulan Ramadhan)
  2. Bacaan yasin (pagi Jumaat sepanjang bulan ramadhan)
  3. Infaq ramadhan (sepanjang bulan ramadhan)
  4. Tazkirah / bingkisan Ramadhan ( perhimpunan rasmi isnin & rabu)
  5. Iftor jama'ie/ ceramah nuzul Quran (asrama- 9 ogos)
  6. khatam al-Quran / sumbangsih raya/ ceramah bina insan (17 ogos)
  7. kuiz Ramadhan (mingguan)
  8. slat hajat KAA(1 & 8 ogos)

Monday 16 July 2012

KEM PERHALUS

kem Perhalus kepada 12 orang pelajar SPM sedang dijalankan di Makmal Komputer. Kem ini dikendalikan oleh Cik fatimah laili bt Bustaman dan Puan Nurizan bt Abdul Rahman.
Semoga kem ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid yang terlibat.

HORMAT PADA YANG TUA, KASIH PADA YANG MUDA

cara-cara hormat kepada yang lebih tua:

  1. beri salam
  2. tunduk apabila melintas di hadapan
  3. senyum
  4. jangan bersuara kuat apabila bercakap
cara-cara kasih pada yang muda
  1. memberi nasihat
  2. tegur apabila terdapat kesalahan berlaku
  3. senyum
  4. ambul berat

OPS BEG

Ops Beg akan bermula 16 Julai 2012. Murid-murid yang meninggalkan beg di kantin selepas jam 7.30 pada hari biasa dan selepas jam 8.10 pada hari perhimpunan akan dilambakkan di padang sekolah. Murid-murid yang kehilangan beg sila kenalpasti beg sendiri di kantin. Pengawas sila ambil perhatian dan jalankan tugas anda.

Friday 13 July 2012

BENGKEL TUNJUKCARA SEJARAH

bengkel tunjuk cara sejarah hari ini akan dijalankan pada jam 2 petang. bagi pelajar spm, bengkel akan dadakan di dewan tengku afzan (dewan baru). bagi pelajar pmr, bengkel akan diadakan di dewan sri afzan (dewan lama).

Selamat berbengkel dan ambil peluang bertanya apa yang sepatutnya.....
good luck girls..

KEMAS

Tahniah buat kelas ustaz CWR.....masuk makmal komputer, susun kasut di rak kasut....termasuk kasut ustaz skali susun atas rak kasut.....ni br betul.....bukan macam kelas 1 lagi di makmal sebelah....setiap kali masuk makmal x pernah nk susun kasut....nampak kotor, serabut, berselerak.....budak2 pn bising.....
 yg ni kelas ustaz...lawa kan kasut tersusun kemas.....ni lah kelas 4 dinamik n 4 jaya....
yg ni pulak kasut murid2 kelas 2 bijak...... nampak je bijak tp x pandai susun kasut..... kesiannn.....

moral f the story: gunalah rak kasut dgn bijaksana.....

Thursday 12 July 2012

GURU BERTUGAS

Guru bertugas minggu ini (9 julai - 13 Julai 2012)


  1. Puan Yong Pui Ee
  2. Puan Suriati Mohamad

PERSARAAN HAJAH ROHEMAH

sesungguhnya persaraan hajah rohemah memberi kesan yang amat mendalam buat warga smk tengku afzan. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar kerana beliau merupakan seorang guru yang sangat berpengalaman, peramah dan sangat keibuan. yang selalu kena marah tu, jangan ambik hati....beliau menegur sebagai seorang ibu....ibu mana yang x pernah marah anak, kan? kan? kan?

buat penawar rindu warga afzan, ini lah bonda kita didalam gua beliau yang sarat dgn fail PBS...



PERHIMPUNAN HARI RABU

tahniah kepada semua murid dan guru yang memakai uniform lengkap pada hari rabu. sesungguhnya segala kerjasama yang diberikan menunjukkan anda sayang sekolah anda.....
sayang Afzan......
cantik kan pelajar Afzan???
uniform cantik, attitude cantik, disiplin cantik, cikgu pun sayang.....

p/s-admin mintak maaf kalau x dpt nk masuk semua badan uniform...ramai sgt.....x muat kamera...

WELCOME TO THE PAGE

Bermula sejarah baru, blog smk tengku afzan telah dilancarkan pada 12 Julai 2012. Sila beri tunjuk ajar. Segala komen dan cadangan akan diambil berat oleh admin.
Sekian, terima kasih.....